Showing posts with label tips n info. Show all posts
Showing posts with label tips n info. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009

peluang bisnes tadika/taska


http://www.bondamama.com/bondamama_logo.jpg

SEMINAR FRANCHISE TASKA & TADIKA BONDAMAMA

Berminat untuk menjalankan perniagaan TASKA / TADIKA ?

* Bolehkah memulakannya dengan modal yang sangat rendah ?
* Apakah program atau silibus yang sesuai ?
* Bagaimana memulakannya dengan SEGERA ?
* Bolehkan saya melakukan perniagaan secara SAMBILAN ?
* Adakah ianya MENGUNTUNGKAN ?

DAPATKAN JAWAPANNYA DI SEMINAR INTENSIF KAMI !!

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pembangunan Nur Hikmah (YPN) akan menganjurkan satu sesi taklimat dan kursus ringkas mengenai peluang-peluang untuk membuka TASKA dan TADIKA dibawah Skim Franchise BondaMama.

Dibawah program ini anda yang berminat untuk memiliki taska atau tadika sendiri dengan modal permulaan yang rendah serta berdaya maju dijemput untuk menghadiri taklimat dan kursus ringkat seperti dibawah ini:

TARIKH: 14 NOV 2009 (Hari Sabtu)
JAM: 10.00 hingga 12.00 tengahari
TEMPAT: Yayasan Pembangunan Nur Hikmah
16-3 , Jalan Mesra Niaga
Taman Mesra, 43000 Kajang, Selangor
No. Telefon : 03-8733 2411

YURAN : RM50.00 sahaja
(daftar & bayar sebelum 10 nov 2009 dapat diskaun 50%)

CARA MENDAFTAR : Pindahan Bayaran ke Akaun Maybank KHIDMAT NURHIKMAH 564306010030 , letakkan alamat email info@bondamama.com . Kemudian SMS nama, alamat kepada nombor 019-2928001 (Puan Norlela) sebagai pengesahan kehadiran.

click map for large

Wednesday, October 21, 2009

sejadah berdiri? pelik tp benar..


mlm td aku tgk berita tv3.. ade lak isu m'gemparkan, SEJADAH BERDIRI?? ape hikmahnye?? bile dgr je berita tu aku pun naik seriau tp ade la maksud disebaliknye yg ALLAH swt nk bgtau kt kite umat islam ni.. td bile aku check blk berita t'gempar yg melanda warga Pasir Mas smlm kt on9, rupenye byk lg kejadian yg same kt tmpt laen.. tp seriously mlm td la 1st time aku dgr isu tu.. kt bwh ni aku copy laporan nye bg sape2 yg ter'miss' smlm k..

Misteri Sejadah Berdiri
Berita Harian On9

PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.



ORANG ramai melihat 36 sejadah berdiri di surau Sekolah Kebangsaan Tok Sangkot, Meranti, Pasir Mas semalam.

P/s: ade yg kate ni p'buatan pihak2 tertentu yg sengaja nk menarik p'hatian org ramai, ade yg kate ia 1 peringatan dr ALLAH swt..ape2 pun mari la kite same2 amek iktibar drp kejadian aneh cm ni.. sume nye kuasa dari NYA.. amek p'gajaran n think positif je k..

Tuesday, October 13, 2009

MY OPEN HOUSE~


sempena menyambut deepavali n hr2 terakhir aidilfitri ni, aku n famili ade wat makan2 sket hr ahad ni.. so aku nk mjmput korang2 sume yg free hr ahad nti dtg la ke umh aku.. detail spt di bwh:

hari / tarikh
ahad / 18 oktober 2009
waktu
5 petang – 11 malam
alamat
no 16 jalan pjs 4/10,
taman indah jaya,
46000 petaling jaya, selangor
(sila rujuk peta di bawah)


*klik peta utk besar*

aku wat majlis kecik2 aje.. start 5ptg smpi malam.. kalu ade ape2 nk tnye, bley la kol num aku 0177589283..


Monday, October 12, 2009

download je da dpt duit.. cpt!!


Salam to all.. berita gembira utk yg b'minat m'jana duit.. bkn cobaan, ini btol2.. baik punye bak kate dafi.. heheheheh.. sbnrnye aku br je baca 1 ebook b'tajuk "Mari Buat Duit Dengan Ebook" hasil tulisan usahawan ebook terkenal tanahair iaitu saudara JaMaL.. die ni memang b'pengalaman terbitkan dan hasilkan byk ebook n telah mengongsikan pengalaman dan kejayaannya dlm sebuah ebook PERCUMA tulisan dan terbitan beliau sendiri..
jgn tunggu lagi, semua rahsia kejayaan dan pengalaman beliau telah beliau kongsikan dalam ebook lebih 80 muka surat ini.. terus saja ke link download di bawah, free of charge (FOC):


http://www.buatebook.com/index.php?ref=mrsbong

lepas download ebook dari JaMaL tu, u all juga boleh menjana duit dengan affiliate PPL (Pay Per Lead) yang disediakan.. 50 sen akan diberi tuk setiap orang yg m'download dari link affiliate u all.. so ape tggu lg.. peluang dah kt dpn mata.. jom download skrg.. cume promosikan ebook je dah bley dpt duit.. cpt rebut peluang ni..

Thursday, September 10, 2009

Bismina d' Collection


Sejak 2menjak ni sy agak kebizian sket.. cian blog ni mcm di-anak-tirikan pulak hoohooho.. smpena aidilfitri yg akan mnjelang dlm seminggu lebeh dr skrg ni, tmpahan cookies pun agak boleh tahan jugak la tuk 1st step ni.. THANKS to all customer n mbe2 yg sudi meng'order' cookies yg xseberapa tu.. hehee next time jgn serik tuk meng'order' lg ye.. sgala komen2 anda akan diambil iktibar utk sy meningkatkan serta memantopkan diri dlm bisnes.. maklum la sy budak br belaja =P dan dgn itu, sy melangkah 1 lg step dlm dunia bisnes dgn mnjual shawl2 yg meletop zaman skrg.. dgn bantuan mbe merangkap model sy, SHAM'z dpt la mghasilkan serba sket design2 tbaru.. so ape tggu lg? raye pun da dkat.. moh ler jenguk on9 bisnes sy di Bismina d' Collection.. jgn malu jgn segan mari2..

Thursday, August 13, 2009

Penyediaan Tepung Biskut Almond London DHIYA



Bahan2 asas
* Tepung Biskut Almond London DHIYA

Bahan2 tambahan
* 1 1/6 mentega (butter)
* 2 biji kuning telur
* 1 biji putih telur
* Sedikit esen vanilla
* Almond jangan dibuang kulit (bakar / goreng tanpa minyak)
* Almond cincang (bakar / goreng tanpa minyak)
* Paper cup

Cara-cara membuat
1. Campurkan Bahan A dan mentega, putar sebentar.
2. Masukkan kuning telur & putar lagi.
3. Masukkan putih telur, sedikit esen vanilla dan putar sebati.
4. Akhir sekali masukkan Bahan B dan putar hingga rata.
5. Ambil sedikit tepung untuk disalutkan dengan biji almond yang telah dibakar
tadi dan bentuk agar ia sedikit lonjong.
6. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dan bakar pada suhu 170’C sehingga
kekuningan.
7. Setelah selesai, celupkan biskut tadi ke dalam coklat masakan dan letakkan
dalam paper cup dan ditabur almond cincang sebagai hiasan.
8. Biarkan coklat mengeras.
9. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Topping Coklat :
* Coklat masakan
* Minyak masak

Masak coklat masakan secara ‘double boiler’ sehingga cair.
Masukkan sedikit minyak masak untuk mengilatkan coklat.

P/s: Dengan 1 pek Tepung Biskut Almond London Dhiya anda boleh memperolehi lebih kurang 130 biji biskut Almond London. Dengan harga yang amat murah di pasaran.. memamg tidak dapat di tempat lain. Biskut rangup sedap dan menyelerakan..

RAYA promotion price!!
RM6.50 per pack
(normal price: RM7.50)

*delivery charge*
FOC: self collect
+ charge: pickup point/post

Penyediaan Tepung Kek Coklat Lembap Dhiya


Bahan2 tambahan
* 2biji telur ayam gred B
* 1/2 cawan (125ml) minyak jagung
* 1 cawan (250ml) air ais
* Sedikit esen vanilla

Cara2 membuat (rujuk gambar di atas)
1. Ayakkan bahan B dari Pek Tepung Kek Coklat Lembab Dhiya terlebih dahulu untuk kesegaran kek
2. Campurkan bahan A dan telur, tambahkan sedikit esen vanilla
3. Pukul sehingga kembang
4. 1/2 cawan (125ml) minyak jagung @ minyak masak
5. Setelah kembang, masukkan minyak jagung pukul sebati
6. 1 cawan (250 ml) air ais
7. Kemudian, masukkan air ais sedikit demi sedikit sehingga sebati
8. Akhir sekali, masukkan bahan B dan adun sehingga sebati
9. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170’C dan masak lebih kurang 45-60 minit sehingga masak

Topping Coklat (lakukan sendiri)
* Coklat masakan
* Air suam

Masak coklat masakan secara 'double boiler' sehingga cair
Masukkan air suam agar coklat tersebut tidak pekat
Anggaran air sehingga coklat agak cair dan sesuai untuk disiram ke atas kek

Nota
* Kek coklat lembab enak dimakan apabila sejuk
* Tidak digalakkan makan semasa panas

P/s: Kek ni kan amat moist.. sedap sangat.. selain daripada korang buat kek bulat atau petak ke kan.. korang juga boleh buat cupcake menggunakan Tepung Kek Dhiya ini. Rasa dia x manis sangat.. balance je.. Kalo nak tau, Tepung Kek Coklat Lembab ni lah yang paling mendapat sambutan. Sebabnya dia x banyak pakai bahan. Bahan dia murah.. Senang didapati, kat dapur korang sure ada.. Semestinya sedaaaappp dan boleh buat bisnes.. ramai usahawan yang guna tepung nie untuk perniagaan mereka.. bagi yang dah mencuba pasti tau apa rasa dia.. anda bila lagi?? cpt2 dapatkannya sekarang~ :D

RAYA promotion price!!
RM6.50 per pack
(normal price: RM7.50)

*delivery charge*
FOC: self collect
+ charge: pickup point/post

Thursday, July 30, 2009

mood: ingin b'cuti..


jom la all my fwen.. kite g bcuti yuk.. tensen la duk kt bando ni.. bkn ade ape pun.. so dat i da pilih 4 tmpt yg agak menarik ati i.. xtau lak u all kn.. tp skrg i limit 6-12pax je.. kalu dpt lg rmi lg syok.. xkesah la sape2 pun nk join.. bley gak tmbahkan silaturrahim gitu..bley la bwk partner msg2.. i amek pakej basic 3hr 2mlm n book 2bilik je tuk ppuan n laki.. bley la save sket.. date lak i reserve on 1st - 3rd nov.. tp tu lom cnfrim lg.. so dat nk wat survey sape2 yg bminat.. korg2 tgk la trip2 kt bwh yg aku attached kn ni k.. smoge jadi la trip ni.. tuk dak2 exsmtms, trip reunion ke balok akan diadakan spt bese ye.. trip aku ni tuk small group je bkn reu sape2 pun.. saje nk releasekan tensen almaklum la da nk jd bini org nti.. hehhehe.. hurry up!! response me plez..

trip2 nye adalah spt berikut..

Chasa Rachado MAA Training Resort, Port Dickson N9
Standard 2 bedroom (8pax) x 2= RM90.00/pax
Standard 3 bedroom (12pax) x 2 = RM86.70/pax

Havana Beach Resort, Pangkor Island Perak
Standard 2 bedroom (6pax) x 2 = RM90.70/pax
Standard 3 bedroom (8pax) x 2 = RM94.50/pax

Sri Sayang Resort Service Apartment, Batu Ferringhi Pinang
Standard Superior (8pax) x 2 = RM54.00/pax
Family Room (12pax) x 2 = RM66.00/pax

Fraser's Pine Resort, Fraser Hills Pahang
Standard 2 bedroom (8pax) x 2 = RM72.50/pax
Standard 3 bedroom (12pax) x 2 = RM66.70/pax

P/s: harge2 tu not including charge2 len lg.. toll, ferry, mkn mnum, minyak n yg sewaktu dengan nye.. harge standard tuk accomodation spanjang pcutian je tau.. so any idea guys??

Monday, July 6, 2009

gomen again..


************************************************************
Institut Integriti Malaysia (IIM)
date close: July 10, 2009

Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP)
date close: July 10, 2009
form application

Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan (YTWP)
date close: July 10, 2009
form application 1
form application 2
* sile d/load kedua2 form di atas

Perbadanan Produktiviti Malaysia (Malaysia Productivity Corporation) NEW POSTED!!
date close: July 13, 2009
form application

date close: July 13, 2009

Keretapi Tanah Melayu (KTMB)
date close: July 15, 2009

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
date close: July 17, 2009

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
date close: July 17, 2009

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
date close: July 20, 2009


Koperasi UTM Bhd (KUTMB)
date close: July 20, 2009
form application

P/s: sile klik nama company utk melihat iklan jawatan kosong..
~slmt maju jaya~

Thursday, July 2, 2009

Ikatan Shawl


1. Pakai selendang seperti biasa,pastikan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang.
2. Tarik bahagian selendang yang pendek ke atas kepala dan semat dgn jarum peniti agar kemas.
3. Tarik pula bahagian selendang yang panjang ke atas.
4. Seterusnya, selitkan di bawah leher.
5. Kaut keseluruhan selendang ke hadapan dan kepitkan pada pengepit rambut yang bersesuaian seperti dalam gambar.

1. Pakai selendang seperti biasa,pastikan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang.
2. Tarik bahagian selendang yang pendek ke atas kepala dan semat dgn jarum peniti agar kemas.
3. Tarik pula bahagian selendang yang panjang ke atas dan kemaskannya. biarkan saja kedudukan selendang longgar seperti dalam gambar.

1. Pakai selendang seperti biasa,pastikan sebelah pendek dan sebelah lagi panjang.
2. Tarik bahagian selendang yang pendek ke atas kepala dan semat dgn jarum peniti agar kemas.
3. Tarik pula bahagian selendang yang panjang ke atas.
4. Seterusnya, selitkan di bawah leher.

Sumber: nonacantek.instyle

Step 1 - Pakai selendang separuh panjang (mcm dlm gambar)
Step 2 - Pinkan bahagian pendek ke bahu.
Step 3 - Utk bahagian panjang tu, lipat dua supaya tidak terlalu besar. Pegang lipatan utk dililitkan.
jika selendang anda kecik, tak payah lipat dua. terus jek lilit
Step 4 - Bawa naik lipatan tadi mula dari bawah dagu ke atas kepala (basic lilit).
Step 5 : Pinkan baki lilitan tadi. Siap!

Step 1 - Lipat selendang anda ala 3 segi (mcm lipat tudung biasa)
Step 2 - Pakai selendang yg dah dilipat tadi, pun mcm pakai tudung biasa. Pastikan sebelah panjang, sebelah pendek.

Step 3 - Pinkan bahagian pendek.
Step 4 - Lilitkan bahagian panjang.
Step 5 - Lebihan lilitan tu, anda boleh selitkan ditepi pipi, atau guna penyepit, atau apa2 ikut kreativiti masing2. Siap!
♥ style ni lebih sesuai jika guna selendang jenis pashmina

Step 1 - Pakai selendang sebelah panjang dan sebelah pendek.
Step 2 - Selepas dah pinkan bahagian pendek, ambik bahagian panjang dan lilitkan di belakang leher, sampai ke bahu yg lagi satu (bukan atas kepala).
Step 3 - Pinkan lebihan lilitan tadi. Siap!

Step 1 - Mcm biasa, pakai sebelah panjang dan pendek.
Step 2 - Pinkan bahagian pendek, belitkan bahagian panjang.
Step 3 - Sematkan jarum peniti (atau boleh guna brooch kecik) lilitan atas kepala utk mengelakkan selendang jatuh. Siap!
selendang yg dililit akan berbuai2 ditiup angin bila korang jalan2

Step 1 - Pakai selendang sebelah panjang, sebelah pendek.
Step 2 - Yang pendek tu, tarik ke belakang supaya bahagian belakang anda cantik. Kemudian, amek yg bahagian panjang dan lilit selendang macam biasa.
Step 3 - Lebihan lilitan tadi, bawa naik ke tepi kepala (macam nak lilit lagi skali). Sematkan hujung selendang dengan jarum. (posisi utk disemat sama cam tangan model dlm gambar) Siap!

Lilitan Dua Kali
Step 1 - Pakai selendang sebelah panjang, sebelah pendek.
Step 2 - Bahagian pendek tu pinkan di bahu.
Step 3 - Bahagian panjang, lilit macam biasa.
Step 4 - Lebihan lilitan dibawa naik ke atas kepala. Sematkan jarum peniti betul2 atas kepala. Siap!
♥ Khas utk anda yg bersaiz XS @ XXS
♥ Boleh juga diaplikasikan jika selendang anda terlalu panjang.

Tudung Bidang (any size)
Step 1
i) Pakai tudung dari bahagian tepi (tak perlu lipat apa2). Pastikan sebelah dia sangat pendek.
ii) Pastu tarik yg bahagian panjang supaya dua lapisan bertindih antara satu sama lain (utk lebih kemas, buat supaya dua bucu hampir bertindih)
Step 2 - Lilitkan bahagian panjang tadi. Pastikan lapisan bucu bawah tu berada di belakang anda.
Step 3 - Pinkan lebihan lilitan tadi dengan kemas. Siap!

Step 1 - Lipat selendang anda seperti ditunjukkan dalam gambar.
Step 2 - Pakaikan sebelah sangat pendek, sebelah panjang.
Step 3 - Lilitkan bahagian panjang.
Step 4 - Letakkan dan pegang lebihan lilitan di bahu (tak perlu pin lagi)
Step 5 - Bawa naik selendang yg labuh tu ke atas lilitan yg anda pegang tadi. Bawa naik ikut citarasa anda. Kalau suka labuh, bawa naik sikit jek. (vise versa)
Step 6 - Pinkan skaligus dengan yg anda pegang tadi + yg anda bawa naik (jimat brooch beb. hihi)

Step 1 - Pakai selendang sebelah pendek, sebelah panjang.
Step 2 - Pegang yg panjang tadi, belitkan ke belakang leher. (bukan lilit atas kepala)
Step 3 - Lepas dibelit, berehat sebentar. hehe. (sebenarnya terlebih gambar. ampun..)
Step 4 - Pastu, belit lagi skali macam Step 2 tadi. Jangan ketat2 plak ye.
Step 5 - Pinkan belitan tadi dari belakang skaligus ngan bahagian pendek tadi. Perhatikan tangan kanan model pegang bahagian pendek, dan tangan kiri dia pegang belitan dari belakang kemudian pinkan skaligus. (sekali lagi, jimat brooch yaww). Siap!
♥ sesuai utk selendang panjang dan lebar
♥ jika selendang anda jenis yg kembang, style ni memang sesuai sangat sbb ianya mengurangkan kadar pengembangan akibat dibelit 2 kali ;)

Sumber: kedai gunting

Photobucket

Tuesday, June 30, 2009

++ chewy brownies ++


pinkyretro's bazaar - click here!

hr sbtu lepas aku ade order on9 brownies, sedaaaaaaaaap sgt.. aku order 1tray n aku terbang kn half tuk tunang tsayang kt kota tinggi nun.. sian die asik dgr aku mngunyah jek dlm phone kui3.. n kebetulan sbtu dpn 4hb cousin aku btunang, so jumaat ni pun aku nk order lg.. nk bwk blk serting bg cousin2 aku mratah.. smestinye dwg suke he3.. so korg2 yg suke brownies jom la try dis.. ade offer free delivery pick up (area subang n shah alam) n less 10% until 7july ni jek.. nk pos smpi dpn pintu pun bley.. hurry2 sblm korg mnysal.. brownies die mmg lazat n chewy, xmcm bese yg blemak like chocolate cake tu.. makin gemuk la aku jwbnye.. blk serting sok msti kne tiaw ngn dwg2 sume.. hohohoho..
Photobucket

Saturday, June 27, 2009

peluang pekerjaan gomen


hi guys.. jom rmi2 apply gomen.. kt bwh ni aku da senaraikan..

check it out~
http://www.emocutez.com
  • maktab kerjasama malaysia (MKM) 30/06/09
iklan jawatan l borang permohonan
  • perbadanan harta intelek malaysia (MIPC) 01/07/09
iklan & borang permohonan
  • perbadanan labuan 03/07/09
iklan & borang permohonan
  • kementerian pelancongan malaysia 03/07/09
iklan & borang permohonan
  • balai seni lukis negara (BSLN) 04/07/09
iklan jawatan l borang permohonan
  • suruhanjaya perkhidmatan awam neg. selangor (SPN) 06/07/09
iklan jawatan l borang permohonan
  • universiti kebangsaan malaysia (UKM) 06/07/09
iklan jawatan l borang permohonan
  • lembaga lebuhraya malaysia (LLM) 09/07/09
iklan jawatan
  • kementerian kerja raya malaysia (JKRM) 10/07/09
iklan jawatan l borang permohonan
  • pihak berkuasa kemajuan pekebun kecil perusahaan getah (RISDA) 12/07/09
iklan & borang permohonan
  • unit perancang ekonomi negeri johor (UPENJ) 15/07/09
iklan & borang permohonan
  • majlis daerah kota tinggi (MDKT) 15/07/09
iklan & borang permohonan

gud lark..
http://www.emocutez.com
Photobucket

Friday, June 12, 2009

Tazkirah Remaja


6 perkara dorong beribadat

Oleh Mohd Zawawi Yusoh

PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?"

Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan. Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah. Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa untuk menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak lagi malu dengan azan yang berkumandang. Padang bola pula bersebelahan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing dan lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi jalan. Inilah yang dilarang Nabi. Waktu kerja, waktu rehat, masa tidur, makan dan bermain ada, tetapi sayangnya waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual. Ada yang beribadat apabila berkesempatan dan bila tidak sempat qada saja. Ada pula memberikan alasan sibuk. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Dalam ruangan kali ini, saya mengajak remaja memahami tujuan kita mesti beribadat. Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)

Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

Zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar. Bil elektrik dan telefon, jika tidak dibayar kena potong.

Tetapi kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tidak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi..." (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut..." (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)

sumber: HARIAN METRO

Photobucket

Wednesday, June 3, 2009

Cara Isteri Kacau Air Boleh Merubah DUNIA


Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam? Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan...adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan???!!!

--
BAIZURA

Tuesday, June 2, 2009

Status Agama Anak Bawah Umur


Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pengenalan

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

Pendapat berkenaan isu ini

A:Ustaz Nasrudin Tantawi

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .

Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

B: Ustaz Zaharuddin

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara automatik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya turut serta menganuti Islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

*Sumber-sumber
http://www.iluvislam.com
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/agama-anak-dan-hak-penjagaannya.html
http://www.zaharuddin.net/content/view/827/72/

--
BAIZURA

Sticky NOTE

http://www.emocutez.com
to all my followers & my silentz reader also..
click HERE for my wedding invitation..

Daisypath Anniversary tickers