Friday, June 12, 2009

Tazkirah Remaja


6 perkara dorong beribadat

Oleh Mohd Zawawi Yusoh

PADA waktu Rasulullah s.a.w mengembala kambing, ada sekumpulan remaja melepak tidak jauh daripadanya sambil berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah s.a.w: "Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?"

Dengan tegas, Rasulullah s.a.w menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan baginda itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan, itu yang merosakkan. Di sebalik jawapan Nabi s.a.w yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah. Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa untuk menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak lagi malu dengan azan yang berkumandang. Padang bola pula bersebelahan masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing dan lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi jalan. Inilah yang dilarang Nabi. Waktu kerja, waktu rehat, masa tidur, makan dan bermain ada, tetapi sayangnya waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual. Ada yang beribadat apabila berkesempatan dan bila tidak sempat qada saja. Ada pula memberikan alasan sibuk. Kadang-kadang ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadat?

Dalam ruangan kali ini, saya mengajak remaja memahami tujuan kita mesti beribadat. Ada enam alasan kita mesti mengabdikan diri kepada Allah. Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau bagaimana sibuk.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah ialah supaya kita beribadat kepada-Nya. Firman Allah bermaksud: "Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah-Ku." (Al-Quran, surah adz-Dzaariyat: 56)

Jika tugas lain kita boleh ingat, tugas ibadat lebih utama dan lebih-lebih lagi kita harus mengingatinya.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma.

Zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar. Bil elektrik dan telefon, jika tidak dibayar kena potong.

Tetapi kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan kalau kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tidak beribadat ini matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah maksudnya: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam daripada (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (Firman-Nya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi..." (Al-Quran, surah al-A'raaf:172)

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul ialah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat, apatah lagi kita.

Firman Allah bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul: Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah taghut..." (Al-Quran, surah al-Nahl: 36)

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita, kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka pada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah maksudnya: "Katakanlah: Sesungguhnya aku takut jika aku derhaka kepada Tuhanku, (akan dikenakan) azab hari yang besar (hari Kiamat)." (Al-Quran, surah al-An'am: 15)

sumber: HARIAN METRO

Photobucket

dpt AWARD?? yeayyyyyyy..


hrni aku dpt award from cik epa, Color.Of.My.Life.. 1st time tu.. agak terpinga2 jugak la.. almaklum la br rajin nk blogging.. b4 dis mls n since kegawatan ekonomi yg melanda ni, kje pun makin xde, n drp asik duduk mbesarkan punggung jer baik aku ber'blogging'.. hohohoho..


next step is..

Task 1:

Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

Task 2:

Pass the award to 7 other blogs that you’
ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

http://lilartz.blogspot.com
http://faralazyarts.blogspot.com
http://kisahyann.blogspot.com
http://fidshah.blogspot.com
http://chocorib.blogspot.com
http://boysebol.blogspot.com
http://afiha8.blogspot.com

Photobucket

Monday, June 8, 2009

kisah sedey ku di pagi buta~


mlm td aku br smpai dr jb turun kt pudu bout 2.45am.. then bpk aku lak lmbt n br nk kuar umh.. aduh mne nk ku tuju pg2 buta ni?? ngn bgalaskan 3beg lak tu.. mntk2 jgn la ade pncopet yg minat kt aku.. aku doa2 mntk pnjgkn umur.. my feeling time tu tuhan je yg tau.. ramai org tp sumenye xbley dprcayai..tu la bahana kota kl.. penuh ngn misteri.. oh ye bebalik pd story aku td.. aku g lepak kt dpn trafic lite junction kt tmpt bus slalu kuar tu.. then cm bese la cm2 gelagat ade kt kl pg2 buta ni.. mls aku nk mention korg pun tau kn.. ku berani kan jua kaki melangkah tuk cr tmpt duduk.. tetibe aku nmpk sorg makcik yg cm tgh mnunggu mangse je.. aku pun duduk je la sbb tmpt len sume da penuh.. ni yg suspen sket ni.. bile mkcik ni tegur aku, "baik2 nak kl ni byk org jahat.." aku pun ckp la, bkn byk la tp ramai.. tp aku ckp dlm ati je la.. hoohoho.. then aku iye kan aje.. tgn aku pun terus peluk sume 3 beg tu.. takut nye pasal kn? he3.. pastu ngn muke xmalu nye die crite la ape yg tjadi kt die pg td.. die kate die kne ragut ngn mamat india.. abes sume brg2 die kne rmpas.. tp aku tgk ade beg sandang kt bahu die.. btol ke x ni?? ragu2 pun ade.. aku pun mls nk lyn tp da die yg beria2 ckp ngn aku.. aku xmo la die sumpah aku mcm2 lak.. bile2 lg die ckp cmni, "da la peragut tu tunjuk pisau kt mkcik.." aku pun mula cuak n aku pun terus layan die.. hahaha.. takut lak ade pisau kt dlm beg die tu.. pastu bile die tnye aku trn dr mne.. aku ckp la jhr.. die pun tkejut.. "eh same la ngn mkcik..dr pg td igt nk jln2 je kt sni.. xsangke lak kne ragut.. da buat repot polis da.. skrg nk mkn pun xde wit ape tah lg nk blk.." aku pun cair ngn muke sposen die tu.. adoyai da mula da babak sedey die.. aku pun suh die naik teksi g melaka, umh sedara die.. bley la claim kt sne.. tp aku lom abes ckp die kate "jgn..teksi bahaye dek.." da tau lg mau g jln2 kt sni sape suh? ape la mkcik ni.. aku ngomel dlm ati.. bpk aku pun lom smpi ni.. jgn2 mkcik ni kaki pau kut.. pastu die nk pnjm wit aku 30.. klu ade pun aku xkan bg la.. senang2 je mntk wit org cmtu.. tp aku cian gak bile die crite psl kes ragut tu.. pas tu aku raba2 kocek suar aku, ade lak 10 sape nth.. sbb suar adek aku kan.. so aku niat kalu die org baik2, aku halalkan je la kire sedekah.. tp kalu kaki pau aku sumpah die xkan selamat smpi bile2.. doa org teraniaya tu jgn memain.. pastu die pun bla ngn laki die.. nk g mkn katenye.. then ade lak sorg mamat kt sblh mkcik td dtg kt aku.. die tnye psl mkcik tu.. "cian kt dwg kn.. dwg kne ragut kn??" aku pun iye kan je la.. xnk pisang berbuah 2x.. aku da la tgh sengkek ni.. hhahahha.. pastu die tnye lg, "dwg crite ape kt awk??" aku pun ckp la.. "same la kne ragut.." pndek je jwpn aku.. die ckp lg, "dwg dr kuantan kn? sy bg 30 td kt dwg.." hah???? jeng3.. aku tnye die blk.. "wat? kuantan?? bkn la wak..dwg kate dwg dr jhr.. awk slh dgr kut.." kitrg pun tdiam sketika.. tkesima ngn tkejut sbnrnye.. aku pndg muke die ngn muka sebal.. die pndg muke aku ngn muke kecewa.. sbb wit 30 die da mlayang kt mkcik tu.. klu btol kne ragut xpe gak die kate.. hehe aku xde la rs frust sgt sbb wit aku xluak pun.. seb baik aku jmpe wit yg nth dr mne tu.. tp rs geram jugak la sbb jmpe org cmtu.. senang2 je aku kne tipu.. die kate die kesian sbb dwg org tua je kalu x, sempat lg kalu nk kejar n mntk blk 30 tu.. aku pun terpikir, nape la ade anak yg sggup tgk mak bpk die jd pgemis penipu cmtu?? kul 3 bpk aku sampai n terus blk umh.. tu la kesah sedeh aku di pg buta.. xsangke tipah tetipu =(

P/s : wats da moral of da story?

--
BAIZURA

Thursday, June 4, 2009

X-PLUS! Kamu happy atau stress??

Biasanya lelaki sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perempuan yang cantik, putih dan langsing sbg teman hidup. Namun scenario ini berbeza dengan perempuan dari golongan x-plus, jarang pula ada lelaki yang sanggup bersusah payah untuk mereka. Bukan itu sahaja, golongan x-plus ini juga sering dijadikan sebagai alat atau penghibur lelaki bila berduka. Namun, bila senang perempuan cantik juga yang dipilih. Hakikat ini diakui sendiri oleh mereka yang bersaiz x-plus. Namun usah bersedih atau terus dibelenggu rasa rendah diri. Jom uji tahap stress kamu melalui kuiz di bwh dan nilai dirimu samada kamu memang stress, boleh kawal perasaan atau enjoy dengan dirimu..











































Email Address:




1. Saat bangun dari tidur, kamu terpandang bentuk badanmu di dalam cermin yang terletak di hujung katil. Kamu..

A. Menyesali bentuk tubuhmu yang montel, kamu jadi begini kerana tidak mampu mengawal selera makanmu.

B. Kamu mula memikirkan cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan kerana sudah terlalu bodan dengan saiz badanmu sekarang.

C. Kamu berasakan, kamu hanya perlukan waktu untuk bersenam agar sentiasa sihat. Saiz badan bukan satu masalah besar buatmu.



2. Sewaktu ingin menghadiri majlis hari jadi salah seorang teman baikmu, ibu mencadangkan kamu berpakaian lebih sopan dan ini berbeza dengan imejmu. Tindakanmu..

A. Tetap tampil dengan imej seksi seperti mana yang kamu inginkan.

B. Ikut cadangan ibu dan keluar beli pakaian baru yang lebih sopan.

C. Tampil dengan gaya tersendiri hasil gabungan idea ibu serta cita rasamu.



3. Di saat berkumpul dengan teman2, salah seorang daripada mereka dengan selamba mengatakan kamu semakin gemuk! Reaksimu..

A. Kamu terus membentak dan memarahinya di situ juga tanpa mempedulikan apa pandangan orang lain terhadapmu.

B. Kamu menerimanya sambil menjawab dengan tenang, "Tak apa, nanti saya cuba turunkan berat badan saya..".

C. Kamu berdiam diri dan bersabar sahaja walaupun dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu perasaanmu.



4. Kamu ingin mencuba nasib dalam sesi uji bakat rancangan realiti TV. Beberapa orang temanmu membantah. Reaksimu..

A. Abaikan nasihat mereka dan lakukan apa yang ingin kamu lakukan.

B. Kamu membatalkan sahaja hasratmu itu.

C. Kepada teman2 yang ingin menyokongmu, dialu2 kan sokongan mereka. Bagi yang sebaliknya, kamu sedikit pun tidak berasa rugi tanpa kehadiran mereka.



5. Pernahkah kamu melakukan sesuatu tindakan yang kamu tidak selesa dengannya?

A. Tidak pernah.

B. Asalkan ianya tidak memalukan diri kamu, tidak salah kamu melakukannya.

C. Selalu, tapi kamu tidak suka melakukannya.



6. Boyfren kamu mula merungut dengan bentuk badanmu yang semakin tembam dan minta kamu menurunkan berat badanmu itu. Reaksimu..

A. Kamu akur dengan cakapnya dan mula melakukan pelbagai cara untuk kurus.

B. Buat pekak dan biarkan semua itu bagai masuk telinga kanan, keluar ikut kiri.

C. Kamu bersedia kehilangannya kerana nampak sangat dia tidak mencintaimu sepenuh hati.













Jawapan akan dihantar melalui emel, TQ


--
BAIZURA

Wednesday, June 3, 2009

Cara Isteri Kacau Air Boleh Merubah DUNIA


Rumahtangga ANDA tidak damai?? Cuba intip bagaimana isteri anda mengacau air semasa membuat air teh atau kopi. Adakah isteri anda mengacau secara berarah jarum jam atau secara berlawan jarum jam? Setiap kejadian ALLAH swt di alam ini semuanya bergerak berlawan jarum jam. Mengikut pakar metafizik, pergerakan secara berlawan jam menghasilkan TENAGA POSITIF.

Dalam Islam, ketika seseorang thawaf di sekitar Ka’bah, maka ia memulai dari Hajar Aswad, dan gerakannya harus ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam. Hal itu adalah penting mengingat segala sesuatu di alam semesta dari atom hingga galaksi itu bergerak ke kiri berlawanan dengan arah jarum jam.

Elektron dan proton di dalam atom mengelilingi nukleus secara berlawanan dengan jarum jam. Di dalam tubuh, sitoplasma mengelilingi nukleus suatu sel berlawanan dengan arah jarum jam. Molekul-molekul protein-protein terbentuk dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam. Darah memulai gerakannya dari kiri ke kanan berlawanan dengan arah jarum jam.

Di dalam kandungan para ibu, telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Sperma ketika mencapai indung telur mengelilingi diri sendiri berlawanan dengan arah jarum jam. Peredaran darah manusia mulai gerakan berlawanan dengan arah jarum jamnya. Perputaran bumi pada paksinya dan di sekeliling matahari secara berlawanan dengan arah jarum jam.

Putaran matahari pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam. Matahari dengan semua sistemnya mengelilingi suatu titik tertentu di dalam galaksi berlawanan dengan arah jarum jam. Galaksi juga berputar pada paksinya berlawanan dengan arah jarum jam.

Apabila isteri, pembantu rumah dan pembantu office buat air dengan mengacau secara ikut jarum jam secara tidak sedar mereka memasukkan TENAGA NEGATIF kedalam minuman dan akan menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam rumah, tempat kerja, masyarakat dan negara.

Pakar Metafizik juga percaya manusia mulai diserang sesuatu penyakit apabila electron dan proton di bahagian tertentu dalam tubuh bergerak mengikut arah jarum jam.

TETAPI mengapa jam yang kita pakai dicipta bergerak ke kanan...adakah ini ciptaan gerakan FREEMASONS untuk menghasilkan TENAGA NEGATIF di dalam setiap manusia yang memakai jam tangan???!!!

--
BAIZURA

Tuesday, June 2, 2009

Status Agama Anak Bawah Umur


Merujuk kepada laporan akhbar tempatan, keputusan kabinet Menteri memutuskan bahawa setiap ibu bapa yang menukar agamanya ke agama lain, anak-anak mereka yang dibawah umur tidak akan bertukar secara automatik, malah mereka akan kekal dalam agama asal sehinggalah mereka dewasa dan membuat keputusan sendiri selepas itu.

Pengenalan

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu. Isu yang dibincangkan di sini adalah

a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

Pendapat berkenaan isu ini

A:Ustaz Nasrudin Tantawi

Islam adalah agama a'dalah [ yang adil ] dan rahmah [ kasih sayang ] . Ertinya ia bukan agama yang kasar , keras dan memutuskan hubungan kekeluargaan . Malah Islam juga tidak boleh memaksa sesiapa jua untuk menganutnya .

Andai wujud individu atau keluarga yang menganut ajaran Islam secara sukarela , maka Islam menerima kehadhirannya dengan penuh kasih sayang dan rasa mahabbah terhadap saudara baru . Lantaran itu ahli keluarganya yang lain [ yang belum Islam ] tidak perlu bimbang kerana dua sebab .

a - Ia akan diterima sebagai saudara baru dan diberikan segala haknya sebagai insan yang mulia kerana aqidahnya.

b - Keselamatan dan kebahagiaannya terpelihara tanpa mereka dipisahkan dari keluarga asal [ ibubapa atau anak ] biarpun mereka tidak turut menganut ajaran Islam .

Saya yakin dunia jelas menerima hak ibu dan bapa yang memeluk ajaran Islam ke atas anaknya dan tidak timbul permasaalahan seperti merebut hak penjagaan dan beragama kerana mereka [ suami isteri / ibubapa ] berdua telah memeluk ajaran Islam secara rela . Secara automatiknya anak akan mengikut kedua - dua ibu dan bapanya tanpa siapa berhak untuk menghalang .

Namun apabila saya membaca ketetapan yang dikemukakan oleh kabinet dalam hal ini , jelas saya lihat ia tidak berlaku adil secara menyeluruh pada semua keadaan . Asal sahaja umur anak itu bawah daripada 18 tahun maka ia mestilah mengikut ugama asal . Inilah adalah ketetapan yang salah , terburu - buru dan merugikan ummat Islam .

Sekalipun pihak kerajaan mahu menjaga sentimen golongan non muslim , ketetapan tidak boleh di buat sedemikian rupa sebaliknya budi bicara , rundingan dan semangat toleransi masih boleh digunakan untuk menyelesaikan masaalah sukar dan sensitif begini .

Tambahan pula ketetapan yang diputuskan oleh kabinet adalah dengan tidak memperdulikan Jabatan Mufti serta tokoh - tokoh agama yang berselerak dalam negara ini untuk mendapatkan pandangan mereka sebelum bertindak membuat keputusan . Tindakan kabinet tidak mesra ulama' dan tidak mesra agama .

Saya juga percaya , andai kita membuat penjelasan hukum yang berkaitan tanpa disulam rasa jengkel atau permusuhan terhadap mereka [ non muslim ] nescaya mereka boleh menerima dengan lapang dada kerana kini mereka telah sedia memahami kebaikan dan keadilan islam sebagai cara hidup masyarakat .

Kedudukan agama anak

Imam al-Bukhari di dalam Sohehnya menaqalkan dari Hasan al-Basri, Syuraih, Ibrahim dan Qatadah yang berkata; jika telah Islam salah seorang dari dua ibu-bapa, maka anak hendaklah bersama ibu/bapanya yang Islam.

Ibnu ‘Abbas (semasa kecilnya) tinggal bersama ibunya (yang Islam) berserta golongan mustadh’afin (yang menganut Islam) dan beliau tidak tinggal bersama bapanya yang masih menganut agama kaumnya (yakni agama musyrik). Dan beliau (yakni Ibnu ‘Abbas) menegaskan; “Islam adalah tinggi dan tidak ada yang boleh mengatasi ketinggian Islam”.

(Soheh al-Bukhari, kitab al-Janaiz, bab Iza Aslama as-Sobiyyi Fa Ma-ta..).

Imam al-Khattabi menjelas; “Anak yang masih kecil jika ia berada di antara seorang muslim dan seorang bukan Islam , maka yang muslim lebih berhak terhadapnya”

(Ibanatul-Ahkam Syarah Bulughul-Maram, jil. 3, kitab al-Hadhonah, hlm. 467).

Dalam membahaskan; adakah harus hak penjagaan (hadhonah) diberikan kepada ibu atau bapa yang tidak Islam jika salah seorang dari suami atau isteri memeluk Islam dan pasangannya tidak mahu memeluk Islam, para ulamak berbeza pandangan;

1. Menurut jumhur ulamak; hak penjaaan anak (hadhonah) tidak harus diberikan kepada ibu/bapa yang tidak Islam kerana hadhonah adalah wilayah (penguasaan) dan Allah tidak membenarkan penguasaan orang tidak Islam ke atas orang beriman (yakni orang beriman tidak harus perjalanan hidupnya dikuasai atau ditentukan oleh orang bukan islam ). Ini sebagaimana firman Allah;

“Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang bukan Islam untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (an-Nisa’; 141).

Ia sama seperti larangan wanita muslim dikahwini lelaki bukan Islam kerana perkahwinan tersebut menyebabkan wanita muslim berada di bawah penguasaan orang bukan Islam .

Menyerahkan anak untuk dijaga dan diasuh oleh orang bukan Islam akan menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan agama anak terbabit kerana ibu atau bapa yang bukan Islam sudah tentu cenderung untuk mendidik anak itu agar mengikut agamanya apabila besar nanti.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Setiap anak yang lahir adalah lahir dalam fitrah. Dua ibu-bapanyalah yang menjadikannya yahudi atau nasrani atau majusi”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.).

Maksud fitrah di dalam hadis di atas menurut ulamak ialah Islam. Hadis ini menjelaskan bahawa bayi yang lahir asalnya adalah Islam, cuma dengan pengaruh ibu/bapanya maka ia berubah mengikut agama ibu/bapanya. Maka jika ibu/bapanya memeluk Islam, maka ia otomatik akan kembali kepada fitrahnya (Islam) dengan mengikuti ibu/bapanya yang memeluk Islam.

Hadis di atas juga menjelaskan pengaruh ibu/bapa ke atas anak. Oleh itu, tidak harus mana-mana individu menyerahkan anaknya untuk diasuh oleh isteri/suaminya yang bukan Islam kerana nanti anaknya itu akan dipengaruhi untuk menganut agama bukan Islam. Ia wajib memelihara masa depan agama anaknya dan kewajipan ini termasuk dalam arahan Allah;

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka” (at-Tahrim; 6)

2. Menurut mazhab Imam Abu Hanifah; hak penjagaan (hadhonah) harus diberikan kepada ibu yang masih belum Islam sehingga anak mencapai tujuh tahun. Namun keharusan tersebut terikat dengan syarat-syarat berikut;

a) Kekufuran ibu itu bukan kerana murtad (yakni ia adalah asal tidak Islam)
b) Tidak dibimbangi ia akan menjejaskan agama anak tersebut ( iaitu islamnya).
c) Tidak dibimbangi ia akan memberi makan makanan yang haram kepada anak

Jika ada kebimbangan tersebut, maka hak penjagaan tidak harus diberikan kepada ibu yang tidak Islam itu atau ditarik balik jika hak itu telah diberikan.

Apa yang jelas ialah Islam tidaklah menghalang secara mutlak akan hak penjagaan ibu atau bapa non muslim terhadap anak apabila salah seorang dari mereka memeluk ajaran Islam , melainkan meletakkan syarat yang ketat demi menjamin agama dan kesejahteraan insaniah mamnusia itu sendiri .

B: Ustaz Zaharuddin

Secara kesimpulan, sudah tentu saya cenderung kepada pendapat majoriti yang menganggap secara automatik anak-anak menjadi Islam. Namun demikian adalah lebih tepat dan hikmah jika si suami dapat mengambil keputusan bijak mengelakkan isu ini dibawa ke mahkamah dan berusaha sedaya mampu mengajak isterinya turut serta menganuti Islam sebagai cara hidup mereka. Dapatkan bantuan bijak pandai antara agama jika perlu.

Selain itu amat wajar untuk pihak berkuasa merujuk Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum melakukan sebarang kenyataan umum berkait isu Islam. Saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak bahawa isu ini memerlukan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun masalah yang paling ketara jika dirujuk ke Majlis Fatwa adalah tidak pasti bilakah mereka mampu memberi respond dan jawapan. Wallahu'alam.

*Sumber-sumber
http://www.iluvislam.com
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/04/agama-anak-dan-hak-penjagaannya.html
http://www.zaharuddin.net/content/view/827/72/

--
BAIZURA

Monday, June 1, 2009

Akhirnya..


Akhirnye selesai la suda mjlis knduri kawen sharina ngn teha.. sume nye ade 7bijik kete yg konvoi.. smpi umh je kpala terus bdenyut2 sbb panas bangat.. kul 3 stgh smpi umh.. mne x nye dok pose sne pose sni.. almaklum la ssh nk jmpe wlpn dok 1tmn.. hehehe.. lps ni mjlis sape lak ek? besh btol dpt mkn nasi minyak free ni.. aku punye lmbt lg.. nk merasa mbe2 punye dlu.. tp agak kecewa gak la sbb xpat nk jmpe cikgu.. xtau la dwg dtg ke x.. =(

P/s: ni ade sket je gmbo2 yg smpat aku snap.. yg laen kne tggu dwg upload la.. tp sowi la gmbo pgntin lgsg xde sbb xsmpat la.. ho3..
click gmbo utk besar..

RUMAH SHARINA @ SS19, SUBANG JAYA

ZAIMAH, BAIZURA, JURAIDAH, AIN SAHID

ATAS: HAYATI, JURAIDAH, ZAIMAH, BAIZURA
BAWAH: LAILATUL, WANA, MEMBE, KHAMSIAH


RUMAH TEHA @ DESA MENTARI

TUAN RUMAH: FAZILA & ROKIAH


MORE PICS CLICK HERE
--
BAIZURA

Sticky NOTE

http://www.emocutez.com
to all my followers & my silentz reader also..
click HERE for my wedding invitation..

Daisypath Anniversary tickers